Wednesday, August 20, 2008

tiba-tiba..

kata hati kata tak apa, aku tak sempurna
kata hati kata jangan lari. hadapi..
kata hati kata usah gentar. tuhan lebih tahu sapa aku.
kata hatimenyuruh aku bertahan walau tsunami tak mahu berhenti
kata hati usah menangis dan bersabar lah. moga pelangi akan muncul selepas hujan yang sedih.
kata hati jangan takut. pejam mata dan berserah lah.
kata hati, cemburu itu buang jauh. bersyukur shahirah.. apa yg kau peroleh sudah cukup. melebihi dari mencukupi..
kata hati tak perlu risau. dia masih di situ. melihat dia di situ sudah membahagiakan aku.
kata hati berlari perlu deras. berlari ke arah lautan ilmu, berlayar dan terus berlayar dan berdoa agar tidak karam dengan kononnya hebat dunia harta dan kekayaan.
kata hati biarlah mereka itu dengan apa yg mereka mahu lihat. tak perlu bersusah mahu menjadi seseorg yg mereka mahu lihat. shahirah, jadilah shahirah.. aku rindu kau yg sebenar, sebenarnya.. shahirah yg tersenyum dengan kepayahan dan yg tidak membiarkan kejahilan merayap dalam diri...

No comments: