Monday, August 4, 2008
standing one leg out one leg in
dunia ini barang kali sudah tua benar. dan orang-orang dalamnya juga berbagai ragam hingga membuatkan dunia jelik dan rasa terhina. mungkin dunia rasa dilupakan. rasa tidak dihargai. rasa tidak berharga, tidak disayangi.. dunia barangkali benci untuk menatap langit dan meminta simpati pada tangan-tangan yg rakus menggali nafsu mereka dan kelurga mereka. sudah sangat letih untuk mengesat air mata yg jatuh berjujuran lantas si sombong memijak-mijak tanpa belas.tanpa ehsan. tidak lah si dunia mahu semuanya syaitan jadi malaikat. dia hanya mahu syaitan tidak lupa yg dunia ini bukan untuk dia sorang sahaja. cucu cicit mahukan pengadilan jua. tapi mungkin syaitan tetap syaitan yg berhati batu. mungkin dikelabui dgn wang dan pangkat. dunia kadang kala menahan sebak akan kenangan lalu di mana semuanya indah dan penuh bahagia. dulu katanya sangat permai. dulu katanya dia sehat dan bertenaga, namun masa seolah-olah berlau begitu pantas sekali. dulu itu sudah tiada lagi lalu digantikan dengan raksasa-raksasa megah yg mahu lihat poket mereka penuh dgn wang emas berlian. habis sakit2 dunia meraung kesakitan. tidak lah juga dia merasakan dia mahu mati lagi kerna yg RAB tidak lagi seperti mahu dia musnah namun untuk sekian kalinya dia berdoa agar ditamatkan sahaja umurnya yg tua dimamah dendam agar tamat sahaja penyeksaan jiwa dan raganya..
hey syaitan.. aku mampu bersabar lagi namun kau jgn menyesal andai apa kau bina runtuh dan apa kau mahu hilang dari pandangan. sedarlah.. sedarlah segera sebelum terlambat..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment