Monday, December 19, 2011

menyelusuri 2011, mengakhiri dgn rasa sangsi barangkali. ini fasa hidup yg kritikal.

awalnya, tak berapa ingat. aku ingat kesedihan di hujung tahun lepas.
tapi aku yang baru pantas tumbuh dan hari ini, walau masih tak berani cakap sembuh betul tapi ok lah, saya ok.

minggu lepas, sekali lagi terjadi. tapi kali ini, Allah bersama-sama ku. kali ini tiada tangisan. Alhamdulilah. A better new me. walau susah nak melupakan tapi the feeling of release hanya Allah yang tahu. Aku bebas ya Allah. Alhamdulilah.

lain-lain, hanyalah ups and down academic, sesi reflection dgn mak, nyaris kena terajang dgn org tua cheras baru(mode:insaf), meng and jue tunang, faran kawin :), seniors yg best start kerja HO, research dgn Dr N x best tapi aku blaja berhadapan dgn org2 yg sukar so, ada hikmah lah.. Prof L sgt lain drp 3rd year.. masa 3rd year aku akan bgn dgn perasaan tak nak pg hospital but dia sgt berubah bila masuk 5th year, otak aku skrng pon asyik fikir, bila aku kerja HO nnt, apabende yg aku perlu buat.. alhamdulilah...

knowledge wise, mcm xberapa belaja jer..haih.. huha je..
nasib ada class tuisyen Dr S and Dr R.. semoga Allah ganjari syurga buat pengorbanan mereka.. jarang lecturer sanggup korban weekends untuk students setengah hari suntuk.. :)

hp ilang! oh no.. sedihnya, mcm hilang anak.. tapi dpt BB baru, so ok lah kan..

mak ckp, muka dia tuh mmg mcm keras hati sikit..
aku: oh, ya ke mak? kakak?
mak: kakak pun.. (terkejut. aih, aku pun?)
aku: nasib kita ada islam, mak kan.. kalo tak, mesti lagi teruk lagi perangai, kak..
mak: betul..

life always allow us to find our weakness and strength, terpulanglah pada kita utk jadikan strength kita utk kuatkan org lain and tukar weakness kita jadi strength kita.. :)

2011 is awesome! mmg awesome. fasa kritikal.. huhu. yang tak settle is pro exam 2 dis 6 jan! ya Allah, cukuplah engkau dan pertolonganmu bagiku...

Thursday, December 8, 2011

kepastian

Late bloomers. I guess.
Xtaulah bagus ke tak.
Xpelah.
Allah yg tahu.
Dia lebih tahu. :)
Kdg2 kita rasa mcm terlambat sgt dah.
Dah xguna pun nk buat apa2.

Tapi barangkali kita lupa.
Allah dah pesan kan dlm Quran, jgn putus asa dgn rahmat Allah.

Come on uols!
Hai ala falah!
Dis is not the ending.
Its merely a beginning...
It has jus began.
Life is exciting isn't it?
Indeed ;)

Tuesday, December 6, 2011

GCS 15/15

1. this is chronic. my days are filled with non academic things. lame. omg. exm brape saat je lagik nie. gila ape anti? agaknya. haih. mengucap plis. cermin diri plis. mcm mn nk jd khalifah/tabib berjaya nieh. semua bende bersepah, serabut and tak sistematik langsung. kalo ko lah anak aku dh lama sebat smpi mati, ok.. geram sgt! masa tuh mmg sejak azali 24jam lah.. drp ko dok nk membebel nape lah Allah xbagi kita 42 jam sehari, baiklah dgn kadar segera kau sedar diri.. eh, sedap lah ayat nie, sila dgn kadar segera, sedar diri! :)
2. talking with an old old senior sooth me. although kali nie bukan aku yg mengcall n memulakan and nk dijadikkan cerita, dia pulak yg berserabut, which i find, we even not dat spending time together, but we do trust each other and loves each other lillah hi taalal.. Allah, a very good feeling. Inilah yg terbaik. Ini. InsyaAllah.
3. merasa keserabutan mencengkam di kala banyaknya pembohongan yg aku jerut di leher sendiri. mmg x boleh 'tak ape' lah. aku mahu pancung diri sendiri sebenarnya. this is not acceptable as a murabbi. this is not islam at all and i am ashame of myself. i am. but this is my deepest weaknest. barangkali jika anda mengetahuinya, anda akan berasa sgt kecewa dgn saya. yup, i am too. and i hope Allah give me strength to be more responsible person next time. i do not want to lie. all i have is a guilt down under. and it hurts. it crushes my heart bit by bit.
4. a lot is happening by the end of this two thousand and elevan. am happy. Alhamdulillah :) am so glad that every tears and sadness have been given rainbow and sunshine by Allah in return.. I am hapi that Meng my best friend and Ju my cousin is getting engaged.. the next big step, insyaAllah :)
5. my pro exam II is indeed around the corner. war is coming! but i have no weapons. no strategy. nothing. am really dead! what is this shahirah???? plis plis. force urself. get out of that comfort zone. drop that BB! drop that FB! drop everything now and run away with BMJ learning, BMJ oneexamination, bmjpractise and all other knowledge needed!!!! plis plis. u alwez have that second chance and that, owh plis,and u think u can lie again and get not caught red handed? and if even u did get away, Allah won't! and even u did get away, u wud'nt feel good. u need to remember what is not der in ur memory but circumstances force it to be der, then it is a burden. a stupid burden which is being celebrated by satan as u hav suksesfully followed his path. tahniah. congrats.
6. emergency medicine has been over all making me a sly. owh yes, ala, xpe r, xyah lah lama2 cni, sikit je. padahal penting gle. front line kot. bila org dtg chest pain, ecg pon menggeletar, ape kah????? dah final year kot. dok tangguh drp 3rd year tuh apehal? gila ke? gila lah. agaknya. haih. benci benci! plis lah. dh penat lah marah kau yg sgt lembap and slow and arggggh! apebende nie siput ke manusia :(
7. hati ini jadi lebih tenang. Alhmdulilah. emosi ku sudah bisa tidak mahu bercampur dgn lajunya realiti. bisa mahu berfikir banyak kali sebelum bertindak.Alhamdulilah. kematangan yg barangkali dtg drp ilham Tuhan dan hari hari lalu yang rawan.. owh, move on babe. move on.
8. 12hb. biar btol. argh. gagahkanlah hambamu ini, ya tuhan. bak kata kak lin, awak sgt berani.. cheh, mcm pujian. tapi jauh di sudut hati, aku memaki diri sendiri.. boleh kah, bagaimanakah, apakah, bisakah, haruskah, semua dtg silih berganti, filling my life di celah-celahnya, di segenapnya dgn tanda tanya, dgn jawapan yg aku rs mungkin kepada all the possibilities of Allah's secret.. and although this may sound unrational or sound tak logik langsung to u, yes, i understand, tapi bagi aku dan Allah, inilah bende paling logik dan aku sgt selesa dgn keputusan ini.. walau mcm dlm perang jugak minda ini.. tapi aku berada dlm keadaan yg damai. aku rasa. tak terpengaruh langsung pun dgn perang yg tercetus dlm sanubari. Allah, moga inilah yg terbaik. aku tak tahu. tapi Kau tahu, ya tuhan. Bantulah aku menghadapi ketakutan diri ini, terhadap apa yg aku tiada pengetahuan terhadapnya. Aku berserah. Aku redha. walau apa pun jawapannya, aku terima. benar. insyaAllah...

Monday, November 28, 2011

the Days to remember


-....aku maafkan kamu, tak perlu kita bertemu, cukup kau tahu...-
-a song by jamal abdillah and malique-


1. Alhamdulillah. my wikend are preoccupied with beneficial things and seandainya Allah tidak mentakdirkan kebaikan-kebaikan ini nescaya akan tercampaklah hambanya ini menghadap perkara yg sia-sia. Alhamdulilah. :) started with laman bestari, sunathon batu pahat, uia arrivals and kde prog. Alhamdulilah. Moga Allah memberi balasan syurga kepada murabbi ku yg berusaha utk mengisi hati2 kami dgn kasih syg Allah.

2. xpe lah mak, tak payah hantar lagi, kalau diaorg ckp mmg byk kereta, means mmg kita akan potong line org lain. kita kan menzalimi org lain... hantar esok jerh..
-walaupun mak bantah tapi aku yakinkan dia, hidup nie bila ikut perspektif akhirat dia jadi lebih senang, lebih mudah.. dan Alhamdulillah bila mak nampak aku yakin, aku ppg stand aku, she give in.. she called lee tayar and "xpe lah, esok jer.." ;)

3. seeing and meeting the genius ikhwan, sheikh H is the most wonderful thing that i can never imagine. the first time i knew and heard of him from cik N, i have vow to Allah that I will do my best in dakwah and one of it iS because of kewujudan org2 yg berkesanggupan maha tinggi demi dakwah seperti beliau dan ramai lagi unsung hero yg moga Allah merahmati dan memasukkan semuanya ke syurga firdausNya, ameen..

4. maal hijrah. aiyo, x terbaca pun doa akhir tahun and awal tahun.. shame, shame, shash.. not good! mcm mn lah boleh terlepas pandang nie..

5. P and S came from kuantan, one to see deir fren's marriage and 2nd to drop by and meet me. xde lah drop by pun sbb diaorg bermlm satu hari in putra, so Alhamdulillah dgn bersebab mereka dtg, i go out from my comfort zone and bersihkan ground floor mcm sparkling awesome jugak lah. Alhamdulilah. Although sahabat2 mantap lain mungkin sedang gigih study tapi I am very the most happy dapat kemas ground floor and jadi tuan rumah yg the best. although I am not 100% sure what P and S felt with the hospility but P did said, wah ini mmg layanan terbaik nie, and Alhamdulilah Allah permudahkan aku untuk permudahkan mereka:) and we went to Al Sinnai restaurant (mcm tuh ke speeling nye?) at sungai merab area.. restaurant AL punya family. Alhamdulilah i ate the steambot main dish and baru perasan yg i have no idea mcm mn nk handle mkn steambot. selama nie abah and mak je yg sibuk buatkan. adoih..

6. bufday mak su! ingat nak lawat dia lah. plus kids school hols.. ow yes, mak intans nie nak anta R pg prog cuti tak nie dis 30 hb? or shud i rekomen sth more cheaper ekh.. bende tuh dis disember... hurm... nanti lah.

7. Alhamdulillah. Hanya Allah bisa menyentuh dan memegang hati-hati mutarabbi kita. I have seen a potential in F to grow and explore all potentials. Alhamdulilah. May Allah make it the best for her, in all her actions and doings..

8. i slept about 2 hours before reaching tol salak selatan. 10pm til 12 am. Ya Allah, mmg sgt mengantuk and i am also bit shock as upon waking up, ada seorang kakak motor nie was on my tingkap side and sedang watching over me. I did not remember is she was trying to call my name, or try to bangunkan me or whatever, neither i remmbr did i turunkan tingkap, but i did remember talking to her, so i must have turunkan tingkap which is SO BAHAYA sbb helloo, kang dia acid splash aku pukul 12 mlm..padan muko ko.. anyway, i remmeber she said, ok, sy pergi dulu ya, and she drove her motorcycle sommothly laju away from me yg tgh terpinga2 sbb i just realized its 12 am and mak is waiting at home and yes, 7 miscalls! :/ oh nooo.. sori mak. sori adik.

9. i told S sth that i shud have not tell her actually. about gdp and etc.. and all those marah-gila things. May Allah forgive me. May she learnt a lesson of my random babling and rambling.

10. oj note! nvd ape nye. dah 5 weeks tak terbuat, ya Allah!!! but if we have started (on anything, on sumthing..) thus we are never too late. and actually we r not late bcoz we have started! yes, yes.. i am coming today oj! just u wait..cikgu T, i dedicate this quotatation frm sheikh to u.. please please proceed. iA Allah is always by our side :)

11. i am ashame of myself, really. why on earth am i deeply worried of psy presentation whereby Allah is always there for each of us. InsyaAllah Rabu nie ada case for me. Rabu and khamis actually.. bcoz jumaat baru presentation :) O Allah, im not gonna be sad. I am going to be patient. temukanlah aku dgn patient yg dpt kami belajar drpnya, ya Allah. ameen.. ya rab bal ala meen.

12. :) iA i will talk to u. iA i will be redha with whatever response u'll give me. i am ready. iA :) i did my part, alhmdulilh. iA.... :)

Wednesday, November 23, 2011

helpPppppp!

penangguhan paling unggul..

1. istikharah utk barney, utk posting hseman
2. oj note. ampun.
3. khatam quran
4. renew bmj practise n oneexamination
5. amad albab biopsychosocial
6. 3 stooges telekung and stuff
7. mun bufday wrap
8. kemas segalanya sebelum rombongan uia dtg
9. prepare apa nak tanya barney_soalan cik nah_gulp2.
10. buat soalan exam smpi termuntah
11. lepak dgn meng
12. lepak dgn nenek
13. selamatkan mak mek mission possible

dan lagi.....................................seribu satu penangguhan.

byk perkara bermain di fikiran. di kesempatan waktu yg sgt sempit..
ya Allah, permudahkankan lah.. tiada yg jadi mudah melainkan dgn izinmu... :)

Thursday, November 3, 2011

random

1. tolonglah lupa. please.
2. xlarat kot. xde ape pon yg masuk. xnk memasukkan pon. hampeh. kata nk jd tabib falah.
3. kecik ati sgt. tapi let go je lah. x semua org perfect.
4. dia lagi. tlg lah...
5. raya haji. Nabi Ibrahim pun Allah suruh sembelih kesayangan dia. its all temporary. nothing stays but amal, ilmu , doa anak soleh.
6. anak. nak 2. ok, 3.
7. nak kahwin. umur 25. after pegi haji. calon dah ada. tapi x rasa diperkenankan. calon baru please.
8. calon baru. pilihanraya. haih. apa lah nasib negara nie...
9. hudud. jgn main-main dgn hukum Allah. tak tahu baik shudup.
10. Dr R marah pon x de apa2 aku rasa. pergh. mmg keras betol hati nie, but maybe part of me yg go against him.. paham la nape dia mc tuh, xnk produce tabib yg memalukan bangsa, agame n negara tapi xperlu kot begitu...walaupun aku faham mengapa dia begitu, tapi still x suka gak... ko nak bende semua bagus tapi nak bancuh kek tuh beli tepung murah, beli telur busuk.. mcm mana nak dapat cake taraf secret recipe????? ergh. ya lah. whatever.

11. save me someone. AA? nak bateri plis. mana u?

Tuesday, October 25, 2011

hujung terowong

the most menakutkan posting. everything under the sun. have finally arrived!

semalam low sikit. rasa nk lari pun ada. tapi pujuk hati dg ayat2 Allah.. smpi tertidur depan comp hosp.. ya Allah. punya lah penat!

dr T even baik tapi mcm leave a tamparan jugak lah bila dia komen aku matric uia dulu...
xpe. take it as a challenge! in future, byk lagi org yg tangkap dalam.... kena tabah byk2 sgt. xleh semua bende nk kecik ati. ati xbleh kecik nk jadik tabib! xboleh!

dr L today, ingt dia nk nk mrh2 tapi alhamdulillah sgt!!! naik semangat sgt nk blaja n prepare utk pass exam dgn penuh mutu n keunggulan!! huhu. iA with the little help of friends n families :) to go to war kna ada strategy! yezza!


dear shash, good job!
-rohani

:)

alhamdulillah, cannot expressed lega mcm mana lagik...

Monday, October 17, 2011

mak

mak,
anak mak dah besar,
tapi mak still syg dia mcm umur dia 7 tahun lagi

mak,
anak mak dh blaja tinggi-tinggi, dh blaja macam-macam
dia sng-sng jer nk marah-marah mak
sbb dia kata apa mak buat semua salah, semua tak betul
mak tak tau apa-apa. kononnya.

mak,
anak mak dah banyak lagi masa dia dgn org lain
banyak lagi bagi alasan yang semua tipu sunat kat mak
mak tahu jer
tapi mak senyap
anak mak tipu mak lagi

mak,
anak mak dah tinggi pangkat
dah berkepok duit gaji
dia tak lupa nak hulur seringgit dua kat mak
tapi dia lupa, mak bukan hadap sgt duit dia
mak nak luang masa dgn dia
mcm dulu-dulu
mak hantar pergi mengaji,
mak teman main buaian dgn jongkang jongket
mak bawak pergi swimming
mak suruh lompat masuk sungai , tapi jgn lama sgt, pesan mak
mak datang sekolah bila dapat keputusan best
mak senyum jer bila tgk report kad anak mak
mak risau sgt bila anak mak sakit
biar mak yg sakit, bukan anak mak

mak,
mak yang minta maaf selalu
biar bukan salah mak pun
mak tak nak anak mak berdosa
mak nak anak mak diberkati selalu
dilimpahi rahmat selalu

mak,
mana nak cari mak macam mak
mak sakit mcm mana pun,
mak tak pernah merungut hantar pergi sekolah
mak tetap jaga makan,pakai kitaorg
tapi bila mak sakit,
semua org mcm terpaksa jaga mak
semua org nk bagi 1-2 minit je
semua org berkira

mak,
mak superwoman kan
malam-malam mak cuci dapur
cuci pinggan
kemas rumah
kemas sepah orang buat
mak bebel sikit je
tapi semua org ckp mak kecoh

mak,
nanti mesti org rindu dgn mak
bila org dh kahwin nanti
org takut org lupa mak
org takut org byk kerja sampai org tanguh-tangguh jumpa mak

mak,
sapa nk jaga makan mak bila mak dah tua nanti
org mesti boleh kdg2 je tgk mak

mak,
mak selalu talipon org,
mak tanya mcm2, updates...
kdg2 je org talipon mak,
itupun suruh doa utk exam,
mak,
org nie pentingkan diri sendri ke?

anak mak dah besar,
pastuh dia berubah
tapi mak tetap sama
dia tetap syg org mcm umur org 7 tahun je.

mak,
org minta maaf
kdg2 org lupa mak dah tua
mak tak mcm dulu
mak dh tak kuat
tapi org slalu herdik mak
kenapa mak lambat
kenapa mak mcm tu mcm nie

mak,
anak mak dh besar
tapi dia lupa mak

tapi mak tak pernah lupa dia

tak pernah..

Sunday, October 16, 2011

HB!

nah, present anti. complication of last year's thoughts.
:)


saya punya banyak impian yang saya sendiri leraikan
kerna kudrat saya selalu memilih untuk berehat
misi-misi yang belum selesai
memerlukan hati yang perlu dibuka
dan dinding yang perlu diruntuh

akulah hirisan-hirisan anak muda
yang hanya mahu tahu apa yang aku suka
dan rasa jengkel dengan rumit dunia berputar

i felt so clouded somehow.
why i just could not accept things.
especially on Allah's secret...
Allah hide for a very very goodest reason...
He Knows it of course.
that if we know things that we want to know now,
then its not life anymore.
that's a drama.
and life is not a scripted drama.
it does not need a script.
because Allah is the writer and Allah is the best of all writer!
He is!

dear, keep the past as a part of u.
cherish the good moments.
be thankful for the bad ones.
life is not merely only for today.
its indeed a journey.
bekalan untuk hari-hari yang abadi nanti...
lets never give up in fighting our truest enemy of all...
: u knoe who!:

alhamdulillah. Rasullulah have said it, "Berselisih faham di kalangan umatku itu adalah satu rahmat." (Riwayat Al Baihaqi). i appreciate differences. we are all the same eventually, as we all have differences especially in the way we are brought up.

the past has been a mistake
which she is glad that it happened
cause things happened for a reason
and if that reason involves her getting nearer to her creator
she will gladly accept
no pain no gain
she agrees
she nodded
she smile
she is happy

well, at least there is still tomorrow.
we will never know. as for today, she may just wanna smile while hearing to taylor's song entitled mine. without even needing to have any spesific who.

23
hari ini
sama atau tidak dengan hari yang lain
bukan soalnya
kerna hari ini
hari bertambahnya angka
dan betapa masa berganti begitu deras
perlu teguh dan lebih kukuh
dalam melayari onak duri kehidupan
kadang-kala alpa dan cuai
sahabat pun silih ganti
yang berharga bersinar
yang kelam kesam
walau tinggi mana sayap terbang
lembut tanah tak pernah jauh
deretan kisah-kisah lama kembali
lalu kita menangis dan ketawa sekali
mengenang kenangan
jatuh bangun hari ini dan semalam
harapan bisa terhapus
dan cita-cita bisa padam
kata-kata dilupakan
perbuatan baik tidak dihirau
namun itulah realiti
inilah dunia yang sementara
sementara kita masih bernafas
marilah menghirup kebenaran
dan memperjuangkan harapan
biarlah kalah di sini sekalipun
kerna kita bijaksana
dan tak perlu bijaksini saja

hari ini akan berlalu
dan yang hidup akan hidup
yang mati senyap sepi
yang tinggal, ayuh bangkit
ummah memerlukan kita
walau itu pun mereka tak sedar
hulurkan lah tangan
moga hari ini berakhir dgn tenang
setenang air di kali
membasahi hati dan nurani
ameen ya Rab bal ala min...

Tuesday, October 11, 2011

mary go round

semalam on-call. tapi smpi pukul brape jer. kak mils in the house. sian dia. wound breakdown. tapi dia sgt welcoming. baik sgt. ingatkan dia garang. so not HM laa. haha. nway, we shared a lot of things. sgt best. it's so refreshing to have talk to a senior. hee. alhamdulillah.

itu pun mary yg perasan. kalo tak, tak tau jugak. hehe. dia pesan buat BMJ one examination sbb EBM, prepare for osce drp skrng, buat questions dari uni lain.. ada fana passkan arituh. banyakkan knowledge. procedure/oncall buat laa tapi kena work smart, xyah lama2 sgt.. (itu yg blk awal, tuh. senior suruh. haha.) dia ckp pasal hosp mn yg ok. etc. hurm.. anak dia sgt comel. khairiah. yg terbaik. hehe. rambut lebat sgt. and she look like both kak mils and abg B. hoho. and we told her all sort of nitemare stories from college. hee. and she was suprised indeed.

k, cwu x start lg. jap lg nk antar kat suki man. haih.

Friday, October 7, 2011

like wild fire




APPLY!
the reading look easier but when u are in a real situation and the magic word utter; apply. well, u may fumble and not be you for a min or two.


that is what i and maybe most of the final year rasa. the toughness of applying.


and its not just the decision. the responsibility. the passion. the love. the sacrifise.


the reality. the pahit.



i found out new things about me, apointed by my real mom and a mother in a labour room.


One is from a mother to her daughter and another from a patient to a medical student.


Thanks maks. love u both.


i learnt that i could be very fragile when i did not trust myself. u could see it clearly when i did not prepare my case (read: did not read through details) or during exam which u'll be bombarded by different level of thinking, exams that needs skills (read: lesen kereta and osce agung) and etc. and the one in labour room is taking blood from patient. ya, take blood jer. tapi tgn aku sejuk. shaking. and mak ckp, kamu ada gemuruh ke shahirah.. yakin diri, bergantung pada Allah. kamu dah belajar kan? (angguk sambil rasa nk nangis terharu) so, yakin jer. be confident. i am confident in you. you know what to do!


anugerah patient terbaik.



on the another note, my clinic session on tuesday was quite miserable. the MO , Dr S was very stern but alhamdulillah she taught my mind to be disciplined and sharp. tq. and yes i'll do it a thousand time if i need to. no prob. iA. tak mati pun is the new motto bebeh!

last night, my marah was tested. nasi and chips. after 20 mins waiting sambil tgk cerita cina, where is the fish? owh, saya ingat akak nk bungkus. (oh my, i terkeluar bodoh for the first time in my life... kecewenya, kamu nak saya makan nasi dgn french fries ke? kenapa bodoh sgt..) May Allah forgive me... hungry can make u angry. but as a muslim, i should have not be that angry. i should be patient and forgive the waiter....

and dear aliah, everyone pernah buat salah. buat salah itu bagus, yang tak bagus bila kita repeat back the mistake....



p/s: steve jobs died 2 days ago i guess. RIP great man.

Thursday, October 6, 2011

rasa

masa. mematangkan kita.
orang. mendewasakan kita.
seribu. walau a thousand time, i'll go through it again, ya Allah. tak mati pun, iA.
mata. yang memandang org lain dgn rasa kasih dan syg
HB. rehat kita hanya di syurga.
penat. tak mematikan aku. penat, sila penat dgn aku.
firasat. moga Allah beri ilmu ini kpd kita, especially Dr. in treating patients, parents in raising their endangered children in this modernised overly entah apa-apa world. Allah dah ckp. Dunia ini hanyalah gurauan dan tipu daya.
tahu. apa yang kita nak, and apa yg kita tak nak dlm hidup. aku nak keredhaan Allah dlm setiap langkah and perbuatan aku. ameen. aku tak nak husband yang tak paham, and lebih parah; buat-buat tak paham dgn kerjaya aku, dgn matlamat hidup aku, dgn visi aku. Permudahkanlah ya Tuhan...... berilah semua suami pengertian...semua mahu dimengerti.



tarik nafas panjang,
hela dalam-dalam.
tarik lagi.

Allah hu akhbar!

Saturday, October 1, 2011

no someone like you























someone like you...



  • zubeq- have her mind of her own, kemas, teliti, kecik2 cili api, bervision , bermatlamat.. penuh dgn nasihat bila diminta. thanks mate.. :)


  • aliah- don't underestimate this young lad, she may look fragile n emotional at times but very strong and passionate inside...skill reflection yg tinggi n also punya refleks yg tinggi literally as well(read: cepat terkejut) tak berkira sgt, seorg kawan yg baik..caring is sharing motto hidup. caya lah. respect..




  • midah- impulsive. nampak slow tapi sgt fast sgn cara tersendiri yang penuh kelicikan.. pemikiran yg kucar-kacir dan abrupt tapi nasib baik disulami dgn sisi-sisi yang matured. haha.



  • nana- punya background kehidupan yang membuatkan aku bersyukur dgn kehidupan yg aku ada.. kepantasan dia berelationship kdg2 buatkan aku mual tapi life is not just what u see in front dan aku mengerti sisi kosong yg ada dlm jiwa seorg nana. seorg kwn yg tak berapa caring tapi sanggup berkorban di dlm kemampuannya.



  • era- yg aku senangi kerna somehow we have the same track of mind. a good listener. antara org yg punya the best common sense dlm hidup.. :) seorg kawan yg tak berkira sgt.. memahami..



  • parvin- seorg yg sgt sabar. bantuan yg diberi padaku esp masa 3rd year di kala skill kereta sgt sampah, akan aku kenang selagi hidup.. dia kawan yg setia, yg jujur.. mungkin dah kurang sikit innocent tapi yg jelas, dia tetap parvin aku yg the best! :) my parvo viridae..



  • bhav- walau most of the time mcm lagi byk pentingkan diri sendiri tapi punya ability dia buat perkara2 yg complicated jadi simple, dan lebih2 lagi sekarang bhav dh kurus and mcm obses dgn makanan yg tak berkalori buat aku malu dgn perut burger nie. haihhhh!




  • maya- walau kami sgt berbeza idea,pendapat dan jendela kehidupan tapi pegangan yg kami pegang dan berkiblatkan menyatukan kami. seorg kawan yg kuat, yg mahu menjadi adil, yg do the best tapi kdg2 suka memaparkan sisi-sisi diri yg tak best.. owh maya, its ok dear..no one is perfect. Only Allah! :)


  • iffah- yg bisa merubah dan mengubah sisi-sisi aku yg jahil dan 'lari' dlm diamnya, dlm hikmahnya. Ukhti pasti jadi ibu yg hebat, kelak. insyaAllah..




  • wani- aku share semangat falsafah dan sastera dgnnya. jendela-jendela dunia byk aku buka dgn yakin hasil drp bicara-bicara kami yg banyaknya, kebetulan, kami kupas dlm kereta...moga Allah beri kekuatan pada ukhti untuk lebih pantas dan deras dlm setiap niat anti utk kemajuan islam khususnya..




  • meng- kami mula sgt rapat sejak umur 16 tahun.. tahun ini 24. dh 8 tahun. byk masa remaja aku yg mentah, aku kongsi dgn meng.. tapi jujurnya, dari hari ke hari , merasai makin jauh dgn sahabat yg seorg ini atas sebab-sebab yg hanya Allah yg tahu...



  • peanutbutterchip: seorg kawan yg aku baik sejak umur hingusan 13 tahun..yg biar jauh beribu batu, tapi sgt dekat di hati.. riang dan happy go lucknya buat aku lupa segala masalah dunia yg bertimbun, dia seringkali berjaya mengalih cara aku melihat dunia..beri aku tingkap yg berlainan setiap kali aku cerca apa yg aku jenguk keluar drp jendela kehidupan.. bila aku bermotivasi dan berkongsi rasa-rasa aku dgnnya, she w/o fail dgn ikhlas akan kata, baguslah kau nie, ashu.. walau pendek, tapi aku akan rasa apa aku buat nampak kecil tapi bernilai.... kawan yang takkan ku tukar dgn apa pun di dunia ini..


  • nana ker: kisah2 cinta lara yg walau buat aku termuntah at times tapi gigihnya wanita ini dlm apa yg dia percaya sentiasa berbekas dlm sanubariku.. way foward bila terjatuh.. itulah nana...


  • adaw dan pikorq- sama kepala. kelakar. thank to Allah our path crossed.... walau hingga hari ini.

belum merdeka



berilah aku yg hina ini ruang dan peluang untuk membayar kembali masa-masa yang aku sia-siakan untuk yg selainMu, ya Allah...

seolah-olah seumpama empangan yg pecah, terhambur segala isi-isinya mengalir tanpa arah, tanpa tujuan..


ya Tuhan, aku mahu kembali kepadaMu, jalan yang lurus, yang Kau redhai...


buanglah aku yang itu, Ya Allah. hapuskanlah Ya Rabb, sisi-sisi diri ini yang jahil, yang daif, yang sombong, yang riya', yang berdaki, yang jijik... campaklah semuanya jauh-jauh, paling jauh yang boleh, ya Allah...



buanglah aku yang itu kerna aku mahu menjadi yang ini...


aku yang Quran di hati, Rasullullah di kalbu, yang ber ilah kan Allah dan bukan nafsu, yang segala gerak geri ku dipandu Tuhan semesta seluruh alam, aku yang lebih senang untuk bersusah di dunia drp di akhirat...


aku tak rela terpenjara di dunia ini.. dunia ini lebih banyak lagi racun dari penawar, lebih banyak sedih dari gembira, lebih 'neraka' dari neraka..biarlah aku merana di dunia ini andai tukarannya ialah kebahagiaan di akhirat. di hari matahari terik hanya panjang sejengkal.


ayuh saudara seagamaku,

perjuangan kita menegakkan agama Allah belum tamat...



tapi baru bermula!

Saturday, September 3, 2011

lima sebelum lima

masa cukup laju menghambat
semakin banyak dalam genggaman
semakin pantas ia hilang
tanpa disedari
kadang-kala rasa begitu ditinggalkan
rasa mahu waktu berhenti dan menjerit, tunggu ana, tunggu ana
cepatnya,cepatnya, cepat sangat!
atau aku yang lambat?
aku yang lembap...
hendak menghadap Tuhan sekalian Alam pun lambat..
macam mana ni?


cepatnya aku rasa, ya Allah.
rasa tak sempat-sempat..
rasa sangat lambat dan lembap...
tiba-tiba umur pun dan menginjak..
hari jadi siang, bertukar malam..

Rasulullah juga yg terbaik.. ingat 5 sebelum 5 katanya!
argh, biarlah dunia ini lebih laju dari pergerakkan cahaya pun.
aku akan terus berjalan.. menujuMu ya Allah..
takkan rasa sedih sebab rasa tertinggal atau terkebelakang..
kerna masa juga hambaMu
maka hanya Allah lah bisa memberi dan menggantikan masa-masa yg aku 'pinjam'kan pada Allah...
iA!

Wednesday, August 31, 2011

merdekakah kita?

merdeka lah kami semuanya daripada belenggu penghambaan yang selainMu,

rahmatilah kami dengan bebasnya kami daripada bertuhankan hawa nafsu kami

tetapkan lah kami untuk hidup berubah dengan transformasi diri seorang hamba

dgn nikmat-nikmat kemerdekaan yang diperoleh

izinkanlah kami utk terus memperolehnya

setiap detik helaan nafas

di bawah pengawasaanMu

cukuplah perlindungan Allah bagi kami

ameen.

Saturday, August 27, 2011

peringatan

Ramadhan mengajar kita erti takwa yg sebenar. Ada 4 perkara penting yang kita dapati ada dalam Ramadhan in order to make us seorang manusia yg bertakwa.

1) Sifat ehsan. kerna tarbiyah puasa membuatkan kita dapat rasa yg Allah sentiasa memperhatikan kita. Kalau tak, dah lama dah makan,minum, mengumpat dan sebagainya sbb Allah tak nampak... kan?

2) tarbiyah puasa mengajar kita untuk sedikit tidur. selepas Isyak, kita ada terawikh. dan di malam 10 tearhir, kita bangun malam utk mengejar Lailatur Qadar. sesungguhnya, orang yg banyak tidurnya, akan mengurangkan usianya sendiri. kerna bila dalam tidur, kita tidak beramal, melainkan tidur yg sekejap dgn niat utk mengembalikan tenaga, itu barulah tidur sebagai ibadah, insyaAllah.
ada 3 perkara yg bisa memanjangkan umur, 1) doa anak yg soleh. 2) ilmu bermanfaat yg diamalkan. 3) sedekah jariah

3) Ramadhan juga mengajar kita untuk bangkit sahur. Bangun pada dinihari bukan hanya waktu amalan puasa di bulan Ramadhan tapi perlu diteruskan hingga ke bulan-bulan yg berikutnya kerna para tabiin bangun pada dinihari dan mereka beristigfar mengingati Allah. oleh kerna kita terbiasa bangun sahur pada pukul 5, contohnya, lepas Ramadhan, kita kan juga iA bangun awal untuk lebih mendekatkan diri kita, kpd Allah.

4) amalan sedekah. teruskan amalan ini and not only in month of Ramadhan.






Wednesday, July 6, 2011

titik

macam pelakon tak reti berlakon
macam tu lah yg aku rasa
medical student yg tak boleh blah
bakal tabib yg penakut
dan hari ini adalah salah satu dari hari-harinya
utk menggambarkan rasa kebodohan yang aku buat-buat telan mcm sedap
terdampar telantar
jauh makin jauh
mengharap yang bukan-bukan
melihat hina semua
walhal yg lebih hina ialah 4 jari yg menunding balik
aku serius mahukan pemberontakkan seperti YingLuck, Tehran dan Su Kyi

perang kali ini aku kalah kerna aku mengalah
aku biarkan impian aku berehat
biar dan biar dan biar
hingga terbiar
busuk dan bernanah
hati yang kacau bilau huru hara dan tak tenteram akibat tak bersemadi dgn fitrah
apa lagi yang kau mahukan dari dunia
banyaknya mahu dan kurangnya memberi

ku tabik pada manusia2 yg lupa pada erti penat
pada manusia biasa yg tak menjadikan obstacle kehidupan sebgai nokhtah pada usaha kental seorang hamba yang wajar sewajarnya work damn hard kerna hasilnya adalah hak Allah
buat apa bimbang?berusahalah, segigihnya.
sudah lama kau tidur lena mcm mati
hingga hidup pun tak sedar, bernafas mcm terpaksa
apa lagi yg tak kena ....
apa lagi yg nk ditunggu?
masa hibernasi sepatutnya sudah tamat long long time ago

titik.

Monday, June 6, 2011

ganster

I know.yes. I know. but it does not make a change. its just the same I guess. no matter how much you wanna change it. it stays the same. maybe I'm older that I don't find some things that I used to like back then. I just don't bother. It hurts actually not to know what you want in life. and it even hurt more when you have no idea on how to get what you want. Maybe I lack of plans. or maybe I don't have a desire to dream anymore. This mind of mind seems to be in full negativity. I can't change some stuffs around me. But I can change the way I think. and what I am thinking now is that I want to gain a lot of experience that I could.

Sunday, June 5, 2011

remember me?

i remember when abah taught me how to ride a 2 wheel bicycle. The same goes to any mode of transportation (i.e driving license, took me six times. yes. but i have a senior's record.. 10x.. huhu. so what, we still got the license anyway by the end of the day. hehe.), i am very the easily give up person. eventually abah, being a not so patient as i am, (ke mana kuah tumpah kalau tak ke nasi), left me alone struggling with the handsome red bike with adik, heading for tasik. U cn imagine how I feel, right.. at first its already in my mind that its a mission impossible. i thought i will be sympathized but NO... and there i was.. sad and angry.. how could u! and all of a sudden, it just force me to do it right.. and once i balanced, i shouted loudly, as I followed behind the car...Abah!!!!!!!!!!!!!! Abah!!!!!!!! and seeing from the side mirror, abah stopped and hug me.. Yeay, kakak dah boleh naik basikal....

Tuesday, May 10, 2011

i think i wanna marry u

love dis song. dear suami, miss u. yup, working hard here. dun worry. u take care of urself, k.

feeling like hidup macam dalam balang kaca. atau melihat hidup seolah2 terperangkap dlm balang kaca.
trapped. help. trap.

dan sememangnya Allah itu dekat.
Ya Allah, please help me to let go. the bads and let the good stay.
hidup ini perjuangan. it wouldnt be easy everytime.......


let go!

mr R taught me a lot. taught us. (and to make it a point, forgive me, ya Allah. please please in any point of my future to not and never ever came across anyone such like N anymore!!! i really cant stand it... and to say that, we tend to not like something in a person because its in us as well.. the main thing i hate about is how not understanding a human can be... pleaase forgive me, Ya Allah. i am so not strong to like someone like this...) he taught us to believe. not only to believe but to take action. just like Rasulullah. 13 years in Mekah. and a country Madinah. lets do something for the ummah!

Monday, May 9, 2011

re cari

research elective.
although have been reluctant to do it but alhamdulilah, time have been fast for me to really hate it. so, it turns out just fine. Alhamdulilah, i learnt a lot. its a mind opener. this research allows us to interview the ppl who have sacrifice their love for their love ones in a approach that most of us will think a billion time in that emotional barrier of ours--> organ donation.
I salute all of you. May Allah bless all of you. Ameen.

Alhamdulilah Ustaz Hasrizal also supports organ donation =)

Monday, April 25, 2011

kejar

aku tahu, aku tak layak ya Allah.
aku tak layak itu dan ini.
dan lebih benar lagi,
aku tak layak syurgaMu.

aku tahu Ya Allah
aku sering mahukan yg bukan2
sepatutnya aku mahukan yg bukan yang bukan2

tapi dunia ini begitu sempit untuk aku luaskan
di mana, bagaimana, utk apa
langsung kelam

dan ya, aku lupa
atau buat2 lupa

orang lain yang punya byk lagi susah dan masalah
bisa tegar dan kental
kau?

tempatkanlah aku di syurga, Ya Allah
penatnya di dunia ini bila kita penat
patutnya aku lebih gigih berlari
ke arahMu...

harap

Alhamdulilah. masih lagi bersisa dgn semangat yang sering kali hilang.
entah lah. selalu membiarkan keputusan diputuskan sendiri.
kadang-kadang pelik betul. mana lah pergi masa-masa itu yang aku seprti itu dan mereka seperti mereka. atau yang lainya hanyalah aku.

Hilang benar. Terasa kehilangan.
apa yang hilang.. nikmat dunia ini. nikmat utk terus hidup dengan berkompaskan akhirat.

semalam. kawan lama macam sudah asing bagi aku. kerna aku yang menjarak atau memang sudah berubah benar suasana. berat sungguh hati menelan. tapi sebagai manusia aku akur. lebih baik bertunjangkan persahabatan yang faham tujuan sebenar kita hidup di dunia. Tapi bila bukan itu suasananya, rasanya aku perlu lebih kuat. lebih bersedia. kerna aku tak punya pilihan melainkan menjadi yang terbaik. Hamba Allah yang merasa qanaah. sungguh lama tak merasakan qanaah, sungguh lama tak merasakan ukhwah, sungguh lama tak merasakan bayak lagi rasa-rasa.

perkara yg paling aku takut ialah bila aku mahukan rasa dunia yang pelbagai ini. Bantulah hambamu ini, ya Tuhan. Hidupku ertinya perlu dirombak. Perlu disenergi lagi. Perlukan petrol. Perlukan pembaharuan.

Saturday, March 26, 2011

ill

its ok. everything will be fine, insyaAllah. there are things i cannot handle. like this fever that comes and go. this headache. this pain. this cough. its ok. InsyaAllah jadi kifarah dosa.
tempoh hari had 4 days attachment in clinic zubir, its a fair share, i guess. Allah yg tentukan semua ni. Ada hikmah...

Sunday, March 6, 2011

gering

jujurnya banyak perkara yang bermain-main di mindamu itu ana jua mahu tanyakan pada diri sendiri
tentang mengapa bagaimana dan kenapa
dan percayalah hati ini juga renyuk keromot dan asing sekali
tiada jawapan dan kekuatan
ana mesti bangkit
sebangkit Rasulullah meninggalkan Mekah tercinta demi hijrah

lepaskanlah hambamu ini berhijrah, Ya Allah.

Wednesday, February 2, 2011

semalam

Terima kasih Tuhan
kerna memberi dan terus memberi
hati rasa sayu dan tersedar sesedarnya pada frasa:

“Ah, surga masih jauh." yang diungkap oleh hati yang tulus. ah, iri sungguh! andai aku merendah diri sepertimu, alangkah bagus...

dan lagi, benak rasa terpukul bila bola mata menatap Don’t let your health be affected by your work or your boss, so nothing matters more than your well being. ah, terkena lagi. inilah orangnya yang membiarkan keadaan dan manusia-manusia janggal dalam hatiku membaham diriku walhal akulah patutnya pilot pengemudi pilihan kehidupan yang dipinjamkan Tuhan kepadaku yang memang tak lama, cuma sekejap sekerdipan mata.
rasa yakinku hilang searah dengan ego dan kelalaian diriku.
perginya mengalir mengikut arus yang jauh dan payah untuk berpatah kembali..

dan di nada hujung yang rendah itu, ada ini sebagai gula-gula ceria: “Rabb Pencipta kami, telah kami aniaya diri sendiri. Andai Kau tak sudi mengampuni dan menyayangi, niscaya jadilah kami termasuk mereka yang rugi-rugi.” nothing better words to describe my state right now. nothing better!