Tuesday, July 21, 2009

GF, jom date g teater?




Teater Kompilasi Volume II akan menghidangkan 2 cerita yang bertemakan "HOME". Masing - masing akan mempersembahkan karya selama masa 1 jam.Baik. Jadi aku lekatkan sedikit informasi mengenai Teater Kompilasi Volume II, agar korang mendapat gambaran kasar, atau gambaran pandai-pandai-sendiri. Jadi jangan pandai-pandai membuat kesimpulan sendiri sebelum menonton.Untuk mengelakkan dari terus melekat dengan gambaran pandai-pandai-sendiri, kenalah datang menonton!

Projek KoKEN : Teater Kompilasi Volume II
11 - 16 Ogos 2009
8.30 malam (11 - 16 Ogos)
3.00 petang (15 & 16 Ogos)Stor Teater, Dewan Bahasa Dan PustakaKuala Lumpur
Masuk atas sumbangan (RM20)
Untuk keterangan lanjut,
hubungi019 - 2232002 Faisal Mustaffa
http://rumahanakteater.blogspot.com/

"LEGASI"
Karya & ArahanMOIZZISR.CONG
PelakonTAI-YUDDIN BAKAR
DIRA ABU ZAHAR
KHAIRIL RIDZUAN
NUR AMEERA RAMLI

"NATURALISASI"
KaryaNAM RON
Arahan & OlahanFARED AYAM
Pelakon
ZAHIRIL ADZIM
AMERUL AFFENDI
NORIS ALI

SINOPSIS LEGASI
Legasi sebuah cereka yang mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang saling mencintai di antara satu sama lain sepenuhnya akan tetapi mempunyai sisi persepsi paksi politik yang berbeza. Ia berlatar belakangkan kepada budaya politik Malaya 1940an. Cikgu Bakar dan isterinya, Cikgu Zaharah adalah elitus Melayu lepasan Sultan Idris Teachers College yang menyokong dan bersama menggerakkan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Apabila KMM mulai lemah (1945), ramai pemimpin utama kesatuan itu mengambil pendirian untuk meninggalkan KMM, termasuklah Cikgu Zaharah, namun ianya tidak melibatkan Cikgu Bakar. Hal ini adalah kerana Cikgu Bakar tetap terus berpaksi kepada perjuangan KMM. Konflik persepsi politik ini terus menyelubungi kehidupan Cikgu Bakar dan Cikgu Zaharah. 50 tahun kemudian, di hari-hari terakhir Cikgu Bakar, dia sempat berjumpa dengan cucu perempuannya yang merupakan seorang liberal anthropologist, Suhaila. Bersama Suhaila, Cikgu Bakar merungkai pengalaman, pandangan, kepercayaan politiknya. Adakah Suhaila akan meneruskan “LEGASI” yang di bangunkan oleh Cikgu Bakar.

SINOPSIS NATURALISASIMengisahkan tentang watak Razman, seorang peguam kepada seorang ahli perniagaan yang ternama dan teman baiknya Rahmat, seorang penulis bebas. Suatu malam Razman termenung sendirian di dalam gelap. Kegelisahannya berpunca dari kes perbicaraan membabitkan ahli perniagaan tersebut siang tadi. Rahmat, yang juga merupakan teman serumah Razman yang baru pulang dapat mengesan perubahan Razman. Mereka berbincang tentang hal tersebut, kemesraan tetap ada walau kadangkala keadaan menjadi agak tegang. Nurul kekasih Razman sampai dengan keadaan marah dan runsing. Setelah dipujuk oleh Razman barulah dia tenang. Darinya diketahui bahawa Nurul mengandungkan anak Razman. Mereka membuat keputusan untuk berkahwin. Malam itu Nurul tidur di situ, Rahmat marah dengan tindakan Razman. Mereka bertengkar. Pagi besoknya, Rahmat cuba menghasut Nurul dengan membuat satu helah, tujuannya untuk memisahkan hubungan Nurul dengan Razman. Setelah Rahmat keluar, Razman sekali lagi bertengkar dengan Nurul dan akhirnya Razman terperangkap dengan helah yang dicipta Nurul dan mengaku bahawa dirinya adalah lelaki gay. Nurul terkejut lalu mahu memutuskan hubungan dengan Razman. Tengah hari, Rahmat pulang membawa berita bahawa dia menghidap HIV positif.

Yeahh!!!Jadi kawan - kawan yang kita suka boleh lah ambil poster di atas dan promote di blog - blog, atau myspace atau facebook atau apa sahaja medium kesukaan korang. Aku dahulukan dengan ucapan terima kasih daun keladi, dah tua jangan miang - miang keladi. Lepas promote tu, ambil pen dan tulis dalam diari ataupun dalam telefon canggih untuk block tarikh tu dan datang menonton.Kalau ada first date, apa kata bawak date anda pergi menonton teater! Barulah rare! Menonton wayang, pergi dinner dah ramai orang buat. Jadi, korang buat benda yang jarang orang buat. Yeah!
Oh ya, korang juga boleh telefon nombor di atas untuk menempah tiket atau pun berborak - borak dengan Faisal. Dia tak kisah macam Aiman tak kisah. Bukan sebab apa, sebab Stor Teater tu, takdalah besar mana. Yang dulu kita buat, sambutannya macam orang cucuk ATM hujung bulan. Penuh sampai orang kena duduk atas lantai. Jadi kali ni, kita tak mahu ada yang 'mendengar' teater dari luar, bukan menonton.
Buat masa ini, korang bolehlah melawat - lawat blog Rumah Anak Teater kalau ada pertanyaan serta soalan, tidak kira soalan profesional atau peribadi untuk anak - anak RAT. Kami juga akan mengemas kini dengan beberapa temubual berbentuk tulisan dan video, dengan mereka ini. Layannn!


p/s: im going wikend.. (:




tulus mulus tgn ku menules;

3 comments:

permaisuri B said...

MAKCHICKS!

start 11 ogos-16ogos.dah start class weyh!. cmne nak pegi??

tp cite agaks menariks.

shash said...

wikends ada.. i jam jer teater nie. (:

shash said...

*satu jam..