Matahari menjadi saksi.melihat mempelai bahagia memegang tangan utuh, erat.
dan aku makan nasi kenduri penuh lahap yg percuma sng hati.
aku suka benar mendengar lagu terlajur cinta.
dari 2 orang suara yg mungkin gagal rumah tangganya dipertahankan.
siapa salah tak perlu tunding jari lah.
kerna 4 jari yg lain menghadap diri sendri, ironinya.
abah singkap kenangan aku semasa masih dalam lampin.anehnya, dlm kotak memori aku yg dulu, aku masih ingat. jelas benar.
masih ingat betapa seronok bila bapak aku yg penat kerja tapi masih lagi mahu melayan aku yg minta di dokong. dia balik dari berkempen, mesyuarat, dan apa2 saja lah kerja yg boleh memberi mulut ini makanan.
waktu mak jerit kakak, abah dah balik! aku menari dan asyik juga berlari2 anak, sambil mulut menyanyi gembira, 'yeye abah balik. yeye abah balik.'
diikuti adik yg terhegeh2 di belakang sama2 mengejar kpd abah. dia tahu apa berlaku tapi hanya boleh bertutur dari bola matanya yg bulat sebulat pipinya waktu kecil dulu.
nak dibanding sekarang, 'good, abah balik, aku nak g shopping, etc perkara lain yg entah hape2 lain mcm riangnya.'
aku juga masih ingat betapa matanya tak pernah pudar rasa bangga dgn aku dan adik.
walau kami atau byknya aku yg sering kali lupa utk melunaskan kewajipan sbg anak. sebaiknya. sebagusnya.
ibu pula nampak slow lewat ini.
mungkin hormon2nya mengamuk tak tentu.
barangkali aku yg byk berubah dan lupa utk berckp2 dgn ibu.bertanya khabar.meluang waktu.atau buat dia gembira.
cuti panjang maken pendek.tapi aku tak kesah.tak ambil pusing pun.
cuti lama2 pon buat panas punggung saja.
aku nak ligat balik buat2 konon sibuk situ sini
observe siapa2 yg entah suka dan entah tidak
barulah hidup sikit hidup aku.
HIDUP!!
No comments:
Post a Comment