Sunday, June 20, 2010

DOA untuk ABAH

HAPPY ABAH'S DAY!


Hari ini hari yg cukup bersejarah, semasa pelancaran IKRAM, http://www.ikram.org.my/ an islamic NGO who Prof Hatta is the Naib Presiden,


saya berpeluang untuk membeli sebuah buku bertajuk MEMBANGUN SPIRIT RUHIYAH DENGAN DOA karya yang tak asing lagi, drp Sayyid Quthb. Rambang mata, semua pun nk beli, tapi saya rasa, saya mahukan doa-doa sentuhan Sayyid Quthb buat bekalan saya melayari jalan dakwah yang panjang ini, iA.

Memandangkan hari ini juga hari yang istimewa, kerana Hari Abah disambut seluruh dunia, saya kira, tak terlambat untuk meraikan ayah kita dengan penghargaan terima kasih dan pelukan penuh kasih sayang. Siapalah kita tanpa insan bernama Abah.

Drp buku yg saya baru beli, ada 4 buah doa yg dedikasikan untuk ABAH namun saya kira satu doa ini saya pilih utk perkongsian kita bersama:

1) Mohon agar ibu bapanya diberi rahmat oleh Allah
Al-Isra':24 Rendahkanlah dirimu kepada mereka berdua dengan penuh kasih syg dan ucapkanlah, 'wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku semasa kecil'.

Tafsirnya:
Al-Quran menggali kesedaran jiwa anak utk berbakti kpd org tuanya. Ini kerana kehidupan selalu berorientasikan pada kelangsungan hidup, sentiasa membrikan wawasan ke depan, ke arah anak-cucu, kepada generasi baru, generasi masa depan. Jarang sekali hidup ini mengembalikan pandangan manusia ke belakang, ke arah hidup masa silam. Oleh sbb itu, perlu adanya dorongan kuat untuk menggali kedalaman nurani seorang anak agar mahu menoleh ke belakang dan melihat ibu bapa mereka.

Ibu bapa secara fitrah berkeinginan mengasuh dan memperhatikan anaknya. Mereka berkorban apa saja, bahkan dirinya sendiri, demi anak2nya. Ibu bapa tetap rasa bahagia dengan segala pengorbanan yg mereka berikan. Padahal anak cepat sekali melupakan semua itu dan segera melihat ke depan; kepada isteri dan anak cucunya. Begitulah kehidupan ini terus berjalan. Oleh kerana itu, ibu bapa tidak begitu perlu diingatkan tentang anaknya tapi anaklah yg memerlukan dorongan kesedaran hati nuraninya agar selalu mengingat kewajipan kepada generasi pendahulu yg sudah rela mengeluarkan sari pati hidupnya yg dihisap oleh anaknya hingga dirinya sendiri menjadi kering. Hal inilah menjadi dasar perintah berbuat baik kepada ibu bapa adalah berbentuk ketentuan wajib. Agar perintah ini dianggap serius, maka disebutkan mengiringi perintah yg tegas utk bribadah kpd Allah.

Ayat ini kemudian memberikan gambaran suasana kesedaran nurani anak dengan menyingkap kenangan masa kanak2. Suasana ketika dlm buaian rasa cinta dan kasih syg ibu bapa. 'maka sekali2, jgn lah kamu mengatakan kpd mereka perkataan 'ah' dan jgnlah kamu membentak mereka'. .. Inilah tahapan awal dlm memelihara ibu bapa dgn sikap sopan santun , x boleh bersikap mengisyaratkan kemarahan atau membuat sedih ibu bapanya apatah lagi menghina mereka. Bayangkan masa lalu yg penuh kelembutan dan masa kanak2 yg lemah di bawah asuhan ibu bapa. Kini ibu bapa kembali ke masa kanak2. Mereka perlu perhatian dan kasih syg.
Adanya kesediaan anak utk mendoakn mereka supaya Allah berkenan memberikan kasih sygNya kpd mereka kerana kasih syg Allah lebih luas dan perhatian serta perlindungan Nya lebih besar. Kerana itu, Dia lebih mampu memberikan balasan kpd ibu bapa, atas semua pengorbanan mereka; darah, keringat, air mata, yg tak mampu dibalas oleh anak.

Hafidz Abu Bakar Al Bazaar meriwayatkan, dari Buraidah, dari bapanya, bahawa seorang lelaki, sedang tawaf sambil mengendong ibunya, lalu dia bertanya Rasulullah, apakah aku telah dapat memenuhi hak ibuku? Nabi menjawb, TIDAK. bahkan sama sekali tidak menyamai satu tarikan nafasnya.

Allah hu alam, tafsiran dari Sayyid Quthb....

~Sajak~

Usahlah jadi bak Sazali
menyalahkan bapaknya yang penuh kasih syg menjaganya
bagai menatang minyak yg penuh
Usahlah jadi bak Tanggang
yang tak kenal ibunya sendiri
selepas punya isteri yg kaya dan cantik
Usahlah berhenti berdoa
untuk ibu dan abah
selagi hayat di kandung badan
sesungguhnya doa anak yg soleh itu
bagai air sejuk buat musafir yg dahaga
Jadilah hamba Allah yg terbaik terhadap ibu bapanya
Moga kita akan bersama lagi, mak dan abah..
Di syurga Allah!
Ammen, ya Rab bal ala meen...

:shashu:

No comments: