Tuesday, June 29, 2010

3 in 1



1) lagi 4 jam sy akan menyiap-yiap kan diri utk ke uiam gombak. mahu ke parlimen bersama2 team kelab debat bahasa melayu (DAS debat alam sekitar), mengadakan lawatan sambil belajar ke parlimen. hurm, abah tak pernah pulak nk ngajak sy ke sana. barangkali tak mahu sy terkontang-kanting sendirian tatkala muka-muka kenalannya menyapa beliau dan berbual panjang selepas itu.

2) mendengar lagu B.O.B feat Hayley Williams, airplanes sgt mengujakan. tapi part hayley williams saje sebenarnya.

Can we pretend that airplanesIn the night sky are like shooting stars
I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)...

serius tak sangka, ada singer yg boleh nyanyi chorus saje, n chorus itulah yg menyebabkan telinga sy suka apa yg di dengarnya! menarik...


3) owh ya, tempoh hari masa memandu miss MyVi saye, bertembung dgn 2 jem yang puncanya sama: satu kenderaan rosak tgh jalan.

selalunya sy akan marah-marah+baran+bebel, apalah kereta nie, menyusahkan betul, sbb dia sorang, jem sgt sampai lambat 1 jam!

tapi kali ini, sy tak pula rs jengkel atau annoying atau irritating.
bila sedar jer puncanya adalah sebab sebiji kenderaan dan boleh menyebabkan kesesakan yang maha dahsyat; maka Allah lintaskan di hati sy...

shashu, pernah ke kau jadi mcm kereta rosak nie? pernah ke ada saatnya kita tak sedar, yg kita telah menyebabkan kesusahan yg teruk kepada org lain, i.e kawan-kawan atau keluarga atau masyarakat hatta satu negara, hatta satu dunia tanpa kita sedari?

masyaAllah, berat betul dada rasa...

sy rasa sy lah seperti kenderaan rosak itu.
sy lah khalifah Allah yg pernah tanpa segan silu membuang sampah merata2.
sy lah hamba Allah yg suka hati membeli product YahudiZionis.
sy lah bakal doctor yang punya risiko yg besar utk membahayakn nyawa pesakit.
sy lah pejuang Islam yg kerap futur dan melembapkan perkembangan jemaah.
sy lah saudara sesama Islam yg tidak mengamalkan amar makruf nahi mungkar.
sy lah orang yang lemah dalam studies,sy lah yg paling takut untuk present case kpd prof, sy lah org plg pasif dlm class maka tak membantu menjd kn medan ilmu lebih interaktif.
sy lah manusia yg pentingkan dunia dan acap kali terlupa ada satu lagi abadi yang patut dijadikan motivasi untuk melakukan kebaikan tanpa mengenal warna kulit, bangsa dan agama. sy lah orang yg membiarkan waktu berlalu tanpa mengisinya dengan perkara-perkara yg boleh memacu ummah menuju ustaziatul alam.
sy lah insan yang telah mengajar insan lain untuk melakukan kejahatan dan keburukkan.
sy lah ........(tak mampu nak menaip..byk sgt kekhilafan diri ini.huhu...)


nampak tak, impact dari perkara yang kecil, boleh effect satu dunia, malah satu alam semesta?

sekarang br sy faham, impact perbuatan kita yang kecil mampu memberi impact pada satu dunia! seperti kaitannya asap kereta, read:pencemaran, CFC dengan lapisan ozon yang kelopongan sehingga boleh mencecah ozone loss, sebesar benua Australia, bayangkan! kita adalah salah seorg penyumbangnya!

Berusahalah, Shahirah untuk terus maju beristiqomah berubah dan merubah menuju kejayaan dunia dan akhirat..

Ya Allah, amanah mu ini sungguh berat utk dipikul..

seperti kata Imam Ghazali yang sgt short and sweet:


Apa yang paling jauh di dunia ini? MASA LALU

Apa yang paling dekat di dunia ini? KEMATIAN

Apa yang paling besar di dunia ini? NAFSU

Apa yang paling berat di dunia ini? AMANAH

Apa yang paling ringan di dunia ini? MENINGGALKAN SOLAT

Apa yang paling tajam di dunia ini? LIDAH MANUSIA
[renung-renungkan...=)]

No comments: