selagi ada kudrat, ada akal, ada neuron, ada impulse, ada ATP, ada dunia berputar, selagi tuh ana takkan berhenti untuk melakukan yg terbaik buat agama, bangsa, negara. dgn izin Allah, iA.
chewah.mcm ikrar pulak. tak kisah lah. janji bila ana lupa, tlg lah ingatkan ana, yg ana pernah bersemangat mcm nie, smpi dh pukul 3 am pon rasa wah, nikmatnya hidup Allah bagi, nikmatnya iman Allah bagi. seronoknya Ya Allah, dapat jumpa macam2 jenis orang kat dunia ni. ada yang baik. ada yg sensitif. ada yg pelik.
tapi ana faham. ana pon ada kelemahan. dan kelemahan ini mmg kdg2 ana pun susah nak terima. mcm kdg2 ana sedih sgt, mcm mn lah boleh tak ingat, boleh lupa, boleh boros, kenapalah byk sgt masalah yg ana hadapi (walhal saudara di Palestin lagi byk dugaannya..)
yang ana perlukan hanyalah Quran sebagai pengubat jiwa. baru hari ini ana di ingatkan kembali perihal ayat Allah kegemaran ana. surah Al Baqarah :216
...but it is possible that ye dislike a thing which is good for u, and that ye love a thng which is bad for u. But God knoweth, and ye know not.
Ya Allah, sememangnya hidup manusia byk begitu. kita tension, kita marah, kita tak suka, tapi sebenarnya pembentukan diri kita itu lahir dari segenap byk ujian yg Allah beri. Terima kasih Ya Allah. I need to be tested. I need it. Thank you Allah. Maha Bijaksana, Maha Mengetahui.
ana sebenarnya rasa takut sgt bila habis exam, bila cuti. sbb ana rasa byk sgt masa terbuang. dlm family ana, kami mmg bukan dari kalangan org yg suka merancang. timetable style tuh, maaf ckp, mmg bukan kami lah tuh. tapi ana sedar, mcm Allah berfirman, quoted atas tadi, inilah sebenarnya ujian yg antaranya plg ana takut (selain drp ujian osce especially sbb tak tau nak jwb apa pada examiner bila dia tanya direct face to face tanpa wajah2 sahabat membantu bisik2 jawapan, ya Allah, luruh jantung..) ana takut sgt sbb di rumah kala cuti ini lah 'best friend' lama ana seperti siti malas, siti lembap, siti baran, dan sebagainya datang hari2 temankan ana. kdg2 ana rs tension sgt, kenapalah aku mcm nie, baik tak payah cuti, biar busy, tapi ana terima kali ini not as an excuse tapi as an opportunity. ini lah peluang patut ana balas balik kesilapan ana. kalau dulu ana 'sambut' silakan, welcome2 kpd siti malas, siti tidur dan etc, kali ini ana dengan mantapnya buat timetable dan jgn bg chance pada kononnya best fren ana ini masuk rumah. maaf, ana kna tegas kali ini. bak kata saudara Hilal Asyraf dari http://ms.langitilahi.com/
Akhirnya saya melihat betapa pentingnya peribadi indah. Sungguh, kadangkala manusia itu tidak perlu banyak bicara, panjang tulisan. Tetapi yang lebih memberikan kesan adalah akhlak. Akhlak meng’kompress’kan bicara dan menyalurkan mesej dalam bentuk yang lebih berkesan.
Sungguh, Rasulullah SAW jugalah qudwah dalam hal ini.
“Dan bahawa sesungguhnya engkau(wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.” Surah Al-Qalam ayat 4.
Menggerakkan diri membina peribadi
Maka saya melihat, betapa penting saya perlu belajar untuk berbahasa pendek.
Dan meningkatkan lagi ketinggian kualiti diri saya.
Biar kependekan bahasa saya, memberikan kesan yang mendalam dalam jiwa manusia.
dearest cuti, aku takkan benarkan kau jahiliahkan diri aku, aku akan buktikan kepada kau yg aku, walaupun hamba Allah yg Lemah tapi aku juga mampu KUAT dengan izin Allah juga. Ya Allah, 'rehatkanlah' hambaMu ini dengan redhaMu.
p/s: esok atau lebih tepat lagi 5 jam lagi, adik2 2nd year CUCMS akan berperang dengan hebatnya, PRO EXAM paper SAQ. masya Allah. kuatkanlah hati2 adik2 ku, Ya Allah. Moga rasa takut itu kau hilangkanlah, lapangkanlah dada adik2 ku Ya Allah. Peringatkanlah mereka apa yg mereka lupa. Ameen.
No comments:
Post a Comment