tulus mulus tgn ku menules...(amik dari abg syatir.. even bukan utk aku (utk debaters UIA) tapi teguran nie mmg perlu utk setiap org yg rase dia terlena dgn status quo dan sebagainyer.. )
Sekarang bukan masa berkabung. Sekarang bukan masa termenung. Bangkitlah dari tidurmu. Kita perlukan REVOLUSI. Revolusi hanya akan berlaku jika anda SEDAR:
1) S - Sikap : Buang semua sikap negatif (malas, menyalahkan orang lain, lambat datang training, kurang membaca, tak mahu terima kekalahan, rasa macam bagus dll.) Pupuk sikap positif (rajin, muhasabah diri sendiri bukan muhasabah hakim, datang awal, banyak membaca, belajar menerima kekalahan, rendah diri dan mahu belajar dll.)
2) E - Energetik : Bersemangat. Ada passion. Mahu buat yang terbaik. Mahu menang. Mahu perbaiki kelemahan. Suka membaca surat khabar dan menonton berita. Boleh membuat kajian dengan banyak dan efektif tanpa merungut. Sanggup datang latihan walaupun sibuk dengan kerja-kerja lain. Tetap datang latihan sebagai sparring walaupun tak masuk team. Nak belajar bukan nak berlagak.
3) D - Disiplin : Pengurusan masa yang baik. Datang awal. Datang setiap hari. Banyak berkorban bukan banyak alasan. Tidak kenal jemu dan penat. Mematuhi arahan jurulatih tanpa prejudis. Menerima segala keputusan jurulatih dan penasihat tanpa rasa tidak puas hati. Membuat segala tugasan yang diberikan dengan bersungguh-sungguh. Menjunjung imej dan nama baik universiti semasa pertandingan.
4) A - Analisis : Cari kelemahan diri, jangan cari salah orang lain. Jangan mudah mencari 'scapegoat' untuk dipersalahkan. Muhasabah setiap latihan dan setiap perlawanan (yang menang atau yang kalah). Cari sebab kenapa kalah dan cari sebab kenapa menang? Cari jalan untuk memperbaiki kelemahan diri bukan cari jalan untuk melarikan diri.
5) R - Redha : Kembali kepada Allah. Ingat, kemenangan bukan datang drpd hakim atau jurulatih, dan semestinya bukan drpd anda. Kemenangan datang drpd Tuhan. Oleh itu, mintalah kemenangan drpd-Nya, mintalah kejayaan drpd-Nya. Sentiasa ingat dan beribadat kpd-Nya barulah permintaan kita dikabulkan. Patuhi perintah-Nya tinggalkan larangan-Nya, Insya-Allah kemenangan akan diberikan kepada kita.
sedar.. bile nak sedar nie, shuuu!
No comments:
Post a Comment