Monday, July 12, 2010

Floria 2010












selepas pulang dari Floria Putrajaya Precint 2
menyaksikan acara flora harmoni tahunan kali ke-3
tiada kata indah yang mampu dibayangkan
kreatifnya manusa, kritisnya kamu semua, kudus benar diri terasa,
melihat ramainya manusia dtg dan pergi,
ada yang berdua, ada yang sekeluarga,
ada yang seorang,
ada yg kerepot, ada yg kontot,
ada berbagai bangsa dan agama.
mungkin berselisih aku ,
dengan seorg doktor, atau polis
atau penjenayah atau pesakit kanser
barangkali berselisih aku
dgn seorg ustazah, atau seorg yg tak tahu mengaji,
dgn seorang bakal mama atau janda beranak lima,
mungkin juga berselisih dgn seorg bakal perdana menteri
atau bakal pembangkang tegar tak kenal erti berhenti,
barangkali berselisih aku dgn bekas banduan atau
seorang gangster mencari makna kehidupan,
atau seorang murid yg bijak membaca kalam atau penuntut Universiti
yang beriya-iya mahu belajar daripada alam,
mungkin barangkali aku berselisih dgn seorg sengsara yang
dambakan bahagia atau seorang ayah yang hilang anak kala
sibuk memerhatikan dunia,
kemungkinan juga aku berselisih dgn mualaf bertuah, menerima
cahaya Ilahi dari Tuhan yg Esa, atau seorang selebriti
yang menyamar menjadi insan biasa,
kebarangkalian, aku berselisih dgn saudara jauh; bau-bau
bachang, atau musuh dalam lipatan pemandangan..
mungkin aku berselisih dgn kenalan lama di zaman aku jahiliah lemah,
atau seorg musafir yg mengembara mencari solusi keretakkan ummah~


mungkin, ya, barangkali tidak...

;)

No comments: