Wednesday, August 19, 2009

ONG posting_fikir-fikir_


kalo sume org tau, susahnya baby tuh nk kuar, nk idop.. mungkin semua org akan x berani ckp kurang ajar, apatah lagi sepak teranjang seorang wira sejati yg bernama ibu..


posting ong:

selepas seminggu lebeh menjadi seorg yg dilabel 'pak jaga', dibebel segantang kerna tidak tahu nak pass kan cord clamp kat HO, definition HIP, disoal berpuluh kali stages of labour, tergagap2 menjawab normal kepala siza baby brape dan sebagainya, dan yg ultimate sudah tentu melihat sendiri seorang demi seorang manusia dilahirkan di depan mata, subhanallah, yg Maha Bijaksana.. dan juga terase hati dengan bakal2 bapa yg dekat dgn ibu tapi senyap membisu. hello. at least bg lah semangat. (aku plak yg kecik ati. haha)


dan hari ini tiba-tiba hati saya amat tersentuh dgn org-org yg di sekeliling sy yg baru sahaja sy temui dan amati di dewan bersalin putrajaya terutamanya..

walaupun baru melangkahkn kaki ke persekitaran bakal-bakal ibu berjuang selama 3 hari, sy sudah rs bahang penatnya seorg manusia yg perlu petah berfikir dan membuat keputusan iaitu seorng doktor..

sy lebih menghargai manusia itu sendiri,kini, lalu membayangkan betapa penatnya mereka parking kereta, tahan sakit dari rumah lalu diberitahu yg doctor tak dapat merawati, ders nothing i can do, etc.. aku insaf di kala otakku berpusing2 akan kemungkinan kemungkinan ketidakpandaian aku utk membantu dengan izin ALLAH.

dan di suatu masa yg lain, satu suara dtg membisikkan ketidakpastian..

kenapa u nak jadi doktor?

mungkin kau tak percaya kalau aku kata, aku tak tahu apa aku nak jadi, selain dari doktor.. mungkin bahasa senangnya mak bapak aku yg suruh.. tapi aku mmg teruk agaknya. aku tak tahu apa nak jadi kalau mereka tak kata apa. kalau mereka kata duduk rumah sahaja lah, mungkin barangkali aku duduk rumah sahaja.


dan apa pun sebab, aku ingin membalas juga pertanyaan itu dengan seperkara yg lain..


bukankah hidup ini bukan selamanya?

jadi, mengapa perlu berputus asa dan sedih hanya kerna kerja seorg doktor masanya tak tentu dan tak boleh keluar suka hati seperti rakan2 yg tidak sealiran yg lain..

bukan kah kita ini dari menangis minta masa ditambah pada 42 jam sehari, lebih baik kita teruskan hidup dgn penuh rasa bersyukur..


ini adalah aku yg nalurinya juga seperti kamu, cepat penat dan terguris jika emosinya dibebani dgn sebegitu byk cabaran bertalu-talu.


namun itu bukanlah alasan utk berasa lemah...


ya allah, aku tak mahu jadi seperti org yg bertanya itu. dunianya barangkali kosong, seolah melihat keluar ke jendela dunia, dan bertanya adakah planet merah lebih enak dihuni dari bumi ciptaan tuhan maha pengasih maha penyayang..



aku insaf hari ini..mungkin esok aku lupa dan alpa..


peringatkanlah...

No comments: