Sunday, August 23, 2009
bila hati berbicara..
halus. berbisik. meronta-ronta. antara mahu dan tidak. lalu aku terpinga pinga.. malam yg gelap bak mahu memberitahuku agar segera pulang.. pulang ke pangkal jalan agar siang mentari dpt menyambutku dgn tangan terbuka tanpa rasa serabut dan janggal. bak bayi kecil tapak tangannya menggapai gapai si dewasa minta belas dan tanpa semena mena kita jatuh syg padanya.. walau tanpa nama dan tanpa kenal. kadang2 aku lupa, betapa gembiranya utk menjadi gembira dan ikhlas. aku menyeru agar diriku bersatu. agar lena yg panjang tidak terus menerus membunuhku senyap senyap. aku lelah dgn begitu byk kekalutan yg aku cipta. aku takut dgn bayang2 yg tidak bercakap. aku mahu terbang rendah kerna bila sayap ku patah dapat ke mendarat dlm dakapan mu tapi berulang kali kau kata pergi jauh. di sana lebih baik dr di sini.. dan aku percaya. tanpa berfikir panjang. aku terbang dan terbang hingga kota lumpur hilang dari penglihatan. lalu berani jadi teman dan ku pejam mata utk melihatmu melihatku dgn mata sepet dan kaki tempang.. aku rindu. rindu pada hari hari yg lalu bila hari itu aku dapat terbang rendah dan kau marah. sekarang aku sendiri. aku pejam mata dan hanya mampu berharap agar yg lebih baik itu ada di sini.. kerna aku percaya kau. sungguh!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment