Monday, August 31, 2009

merdeka konon







barangkali aku suka melihat suatu yg tidak elok dilihat itu dari pandangan yg tidak elok juga

tak boleh kah merasa positif dan bersangka baik seketika

tak boleh kah memandang sesuatu itu dr sudut yg baik2 saja..

tak boleh kah?


tak bolehkah memaafkan seseorang yg cenderung utk marah2 dan membebel pd kita? biarlah. dia punye mood tak baik atau dia tension, byk kerja, ala org tua, biasalah byk bebel dn sebagainya.

atau bisa saja melupakan seseorng yg senyap dan jauh. sama saja seperti kau yg terbuai dgn byknya timbunan kerja yg bertangguh dan org2 dekat yg byknya kau bersangka buruk, maka org senyap yg jauh dilupakan atau sebenarnya terlupa atau sbb kita tidak diingatinya maka kita pun sengaja melupakan juga padahal hidup ini pendek.. tiada masa utk kecil hati dan menjadi anak2 kecil menangis perlu dimanja dan dipujuk..


aku mahu saja mengalah. mengalah dgn semuanya yg tidak enak utk di dengari. tapi aku suka benar dgn banner di red house lounge yg mengingtkan aku sampai ke hari ini.. what dosent kill u will make u strong.. aku tak mati lagi. aku nak belajar byk lagi perkara, aku nak cungkil lagi potensi diri aku dan org di sekelilingku.. aku nak jadi hebat dan aku juga mahu semua org jadi hebat. ah, perasaan bersama sama hebat itu dtg lagi dan kdg2 mati kerna apinya tak ku tambah petrol atau mancis 2-3 batang..

lalu aku juga terlupa utk berterima kasih kepada ALLAH sang pencipta maha pemurah maha pengasih..
aku hidup atas bumi merdeka.
tak perlu takut ke sekolah dan bersujud bimbang dipancung atau bersembunyi mungkin dirogol..

tak perlu, tak perlu..
dan sekarang mereka aku dan kamu melaungkan merdeka merdeka merdeka..
heh.
konon merdeka..
kali ini aku tak mampu bersangka baik lagi. merdeka konon! blah lah.....



2 comments:

Arif Dzulkifli said...

kata2 yg mmberangsangkan dari seorang anak merdeka..hahaha

shash said...

haha, terima kaseh cikgu..
yorke! ingtkan aku, bila aku lupe.. (: