kerap kali ku bermimpi..
kau gelar dirimu sultan dan aku hamba..
bila aku terjaga kau adam dan aku hawa..
bukankah aku sudah cukup tersiksa terjerat dalam sangkar emas..
aku ini kan sebahagian daripadamu..
utk kau hormati..sayangi.utk kau lindungi sampai ke hujung nyawa.
aku kalut dan penuh amarah.
benci dan tersentap aku entah bila kau pura-pura senyum dan berkata manis kalah madu disalut gula..
topengmu mungkin sudah lali dgn drama swasta sampai aku tidak puas melihatnya lagi dan lagi.
aku masih rindu kau yg dulu.dulu kau tenang dan damai.
tapi masa merubah dirimu menjadi bengis dan penuh dendam.
apakah jendela takkan terbuka lagi?
masih mahukah sang pelangi memunculkan diri mengubati hatiku yang walang gersang dek tindakanmu yang membabi buta mengheretku ke satu daerah melemaskan semangat dan kalbuku.
aku kalah dalam menilai keluruhanmu.
sungguh aku malu berdamping dengan si penakut lagak berani.
walau dunia bertempik memanggil kau hero perkasa, tapi percayalah, aku masih lagi bernafsu untuk bisa membezakan lauk yg busuk dan lazat. masih waras utk membezakan mana angin mana api.
sudahlah hati..
sabarlah..
jangan terlalu berdalih.
satu hari yg benar pasti menang.
satu hari yg terpenjara pasti akan bebas.
hapuskanlah sangkar emasku.
aku mahu ke langit biru.ku rindu berada dalam dakapan awan bahagia.
sultan yang adil sudah lama mangkat dalam sanubariku.
aku hamba merdeka.merdeka dari letih dan penat.
sudahlah hati..
tidur sahaja.
hari esok pasti akan pergi jika hari ini tak kau perangi habis-habisan.
ayuh mimpi. bawaku pergi..
pergi ke suatu tempat suci tanpa raja berhati batu berlagak gagah!
No comments:
Post a Comment