tidak sejuk dan tidak panas.
Alhamdulillah.
ada beberapa perkara yg berlegar di pemikiran ana.
semoga segala urusan dipermudahkan Allah. insyaAllah.
- niat
- harap+doa kepada Allah
- istiqomah dan keberanian
pembentukan seseorang individu dalam pemahaman Islam yang sebenar, ana kira memerlukan niat yang perlu selalu diperbaiki dan diasuh.
kemudian, pengharapan dan doa hanya kepada Allah agar dipermudahkan pemahaman dan pengaplikasian dalam menegakkan Islam dalam kehidupan kita sehari-harian.
satu perkara yang perlu juga kita gilap adalah istiqomah dan keberanian kita dalam memperlihatkan sebatinya Islam as the way of life. Agar tidak menjadi tak serupa bikin. Agar tiada disassociation of our religion and our life.
dan bagaimana bisa kita boleh berniat secara tegar, berpaling hanya pada Rab yang Maha Pengasih dan Penyayang dan lebih kuat dari hari ke hari untuk terus beristiqomah dan lebih berani menyelusuri jalanNya yang panjang ini, ana kira, tidak lain dan tidak bukan, hanyalah takwin/pembentukkan yang berterusan di dalam diri kita. (Didiklah jiwa kita melalui proses usrah dan tarbiyyah.)
ana akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri ana agar dapat juga memperbaiki orang lain. insyaAllah.
seperti jari-jemari kita yang diciptakan yang Maha Bijaksana, tak perlu sama cantik, sama kurus dan sama panjang. Kerna dengan berbezanya itulah dapat kita genggam, dapat kita pegang. Islamnya kita secara total, tidak bermakna kedatangan kefahaman itu memerlukan kita sejak azalinya seorang yang sempurna. Kerna Allah mahu kita mencari dan terus mencari. Carilah hatimu di dalam Al Quran, di dlm solat, di dlm sepertiga malam, dan andai tidak berjumpa juga, mohonlah kepada yang Maha Berkuasa agar diberikan pintu hati yang baru...
(Macam kita jugak. Mungkin kita ada zaman jahiliyyah kita sendiri. Pernah lakukan perbuatan yang tidak berfaedah suatu ketika dahulu. Hmm..satu hari Allah takdirkan kita dapat kefahaman Islam. Apa kita nak buat? Kita gunakan segala perkara yang kita ketahui sewaktu zaman jahiliyyah tu untuk membantu Islam. Mungkin suatu ketika dulu, kita pandai menulis novel-novel cinta yang tidak berfaedah, sekarang kita kita tukarlah pulak. Kita menulis novel-novel islamik misalnya.Tu sebabnya kita kena pandang kelebihan orang lain berbanding kekurangannya. Bila kita jumpa sesiapa pun, kita fikir-fikirkan la cara bagaimana nak bantu dia agar dia dapat gunakan kelebihannya itu untuk Islam.)
( ) petikan drp kak feera :) jzkk.
No comments:
Post a Comment