Showing posts with label hari jadi. Show all posts
Showing posts with label hari jadi. Show all posts

Monday, October 17, 2011

mak

mak,
anak mak dah besar,
tapi mak still syg dia mcm umur dia 7 tahun lagi

mak,
anak mak dh blaja tinggi-tinggi, dh blaja macam-macam
dia sng-sng jer nk marah-marah mak
sbb dia kata apa mak buat semua salah, semua tak betul
mak tak tau apa-apa. kononnya.

mak,
anak mak dah banyak lagi masa dia dgn org lain
banyak lagi bagi alasan yang semua tipu sunat kat mak
mak tahu jer
tapi mak senyap
anak mak tipu mak lagi

mak,
anak mak dah tinggi pangkat
dah berkepok duit gaji
dia tak lupa nak hulur seringgit dua kat mak
tapi dia lupa, mak bukan hadap sgt duit dia
mak nak luang masa dgn dia
mcm dulu-dulu
mak hantar pergi mengaji,
mak teman main buaian dgn jongkang jongket
mak bawak pergi swimming
mak suruh lompat masuk sungai , tapi jgn lama sgt, pesan mak
mak datang sekolah bila dapat keputusan best
mak senyum jer bila tgk report kad anak mak
mak risau sgt bila anak mak sakit
biar mak yg sakit, bukan anak mak

mak,
mak yang minta maaf selalu
biar bukan salah mak pun
mak tak nak anak mak berdosa
mak nak anak mak diberkati selalu
dilimpahi rahmat selalu

mak,
mana nak cari mak macam mak
mak sakit mcm mana pun,
mak tak pernah merungut hantar pergi sekolah
mak tetap jaga makan,pakai kitaorg
tapi bila mak sakit,
semua org mcm terpaksa jaga mak
semua org nk bagi 1-2 minit je
semua org berkira

mak,
mak superwoman kan
malam-malam mak cuci dapur
cuci pinggan
kemas rumah
kemas sepah orang buat
mak bebel sikit je
tapi semua org ckp mak kecoh

mak,
nanti mesti org rindu dgn mak
bila org dh kahwin nanti
org takut org lupa mak
org takut org byk kerja sampai org tanguh-tangguh jumpa mak

mak,
sapa nk jaga makan mak bila mak dah tua nanti
org mesti boleh kdg2 je tgk mak

mak,
mak selalu talipon org,
mak tanya mcm2, updates...
kdg2 je org talipon mak,
itupun suruh doa utk exam,
mak,
org nie pentingkan diri sendri ke?

anak mak dah besar,
pastuh dia berubah
tapi mak tetap sama
dia tetap syg org mcm umur org 7 tahun je.

mak,
org minta maaf
kdg2 org lupa mak dah tua
mak tak mcm dulu
mak dh tak kuat
tapi org slalu herdik mak
kenapa mak lambat
kenapa mak mcm tu mcm nie

mak,
anak mak dh besar
tapi dia lupa mak

tapi mak tak pernah lupa dia

tak pernah..

Sunday, October 16, 2011

HB!

nah, present anti. complication of last year's thoughts.
:)


saya punya banyak impian yang saya sendiri leraikan
kerna kudrat saya selalu memilih untuk berehat
misi-misi yang belum selesai
memerlukan hati yang perlu dibuka
dan dinding yang perlu diruntuh

akulah hirisan-hirisan anak muda
yang hanya mahu tahu apa yang aku suka
dan rasa jengkel dengan rumit dunia berputar

i felt so clouded somehow.
why i just could not accept things.
especially on Allah's secret...
Allah hide for a very very goodest reason...
He Knows it of course.
that if we know things that we want to know now,
then its not life anymore.
that's a drama.
and life is not a scripted drama.
it does not need a script.
because Allah is the writer and Allah is the best of all writer!
He is!

dear, keep the past as a part of u.
cherish the good moments.
be thankful for the bad ones.
life is not merely only for today.
its indeed a journey.
bekalan untuk hari-hari yang abadi nanti...
lets never give up in fighting our truest enemy of all...
: u knoe who!:

alhamdulillah. Rasullulah have said it, "Berselisih faham di kalangan umatku itu adalah satu rahmat." (Riwayat Al Baihaqi). i appreciate differences. we are all the same eventually, as we all have differences especially in the way we are brought up.

the past has been a mistake
which she is glad that it happened
cause things happened for a reason
and if that reason involves her getting nearer to her creator
she will gladly accept
no pain no gain
she agrees
she nodded
she smile
she is happy

well, at least there is still tomorrow.
we will never know. as for today, she may just wanna smile while hearing to taylor's song entitled mine. without even needing to have any spesific who.

23
hari ini
sama atau tidak dengan hari yang lain
bukan soalnya
kerna hari ini
hari bertambahnya angka
dan betapa masa berganti begitu deras
perlu teguh dan lebih kukuh
dalam melayari onak duri kehidupan
kadang-kala alpa dan cuai
sahabat pun silih ganti
yang berharga bersinar
yang kelam kesam
walau tinggi mana sayap terbang
lembut tanah tak pernah jauh
deretan kisah-kisah lama kembali
lalu kita menangis dan ketawa sekali
mengenang kenangan
jatuh bangun hari ini dan semalam
harapan bisa terhapus
dan cita-cita bisa padam
kata-kata dilupakan
perbuatan baik tidak dihirau
namun itulah realiti
inilah dunia yang sementara
sementara kita masih bernafas
marilah menghirup kebenaran
dan memperjuangkan harapan
biarlah kalah di sini sekalipun
kerna kita bijaksana
dan tak perlu bijaksini saja

hari ini akan berlalu
dan yang hidup akan hidup
yang mati senyap sepi
yang tinggal, ayuh bangkit
ummah memerlukan kita
walau itu pun mereka tak sedar
hulurkan lah tangan
moga hari ini berakhir dgn tenang
setenang air di kali
membasahi hati dan nurani
ameen ya Rab bal ala min...