Thursday, October 2, 2008

raya kembali..

raya kembali menggamit rinduku pada ramadan yg hilang..
mungkin bisa merasakan sedikit kekesalan tatkala penghulu segala bulan itu melambai pergi dan aku masih lagi alpa dan membiarkan ia pergi tanpa aku berlumba-lumba mencari malam 1000 bulan..
raya kembali menggamit memori indah.. dapat baju baru, kasut baru.. duit raya berkepuk2.. kuih raya, lemang ketupat rendang.. semua ada. mungkin yang tiada, adalah diriku yang jarang sekali dapat merasakn erti sebenar syawal..

dearest ashuu, syawal menjelma, ramadan berundur, berubah lah ke arah yg lebih diredhaiNya. Kita bisa hilang semua yg baru itu sekelip mata namun jauhkan ya tuhan, dari aku kehilanganMu. Kehilangan Allah dari ingatanku..jauhkanlah ya Allah. aku tak mahu!



happy raye, happy gathering sanak saudare, lupekan silap salah, ampunkan mane yg khilaf, jom pose 6!

No comments: