masa bisa pantas berlalu.
tak mahu berhenti sejenak pon untuk aku yg masih lalai mengenang hari2 lalu yg takkan berubah seperti itu jua.
pantasnya masa pergi, membuatkan aku termenung dan terpinga2.
masih adakah ruang utk aku bangkit dan mengharungi lagi hari ini.
aku mahu perpegang erat dgn teguh.
tanpa ada rasa takut dan serabut.
pada sang tali maha Esa.
aku mahu terbang bebas tapi aku mahu berpijak di bumi yg nyata.
biarlah tanah gersang ini terus gersang atau aku perlu menolak rasa malas itu jauh-jauh ke hujung dunia dan mulai mengatur langkah menyuburkan tanah longlai ini tanpa jemu dan curiga.
seperti sungai mengalir, tak menongkah arus,
hidup ini sudah tercipta dgn sekian macam peraturan Tuhan yg sempurna dan perlu diikuti dgn sabar dan patuh.
patuh bukan bermakna menurut somberono tanpa ilmu.
menurutlah dgn akal yg berfikir dan berfikir.
jawapan itu ada di depan mata.
cuma menunggu kalbu mu diselak oleh sang Pencipta atau terselak dgn arah angin yg kau cari dgn penuh tekun dan tegar. mahukah menunggu dgn penuh rela, wahai hamba yg jarang sekali bersyukur dan berfikir?
kerap kali tangisan kecil mengalir dalam hati.. mengapa aku di sini dan tak berdaya merangkak pun. atau aku tahu aku bisa berlari tapi memilih utk membiarkan diriku lemas dgn sandiwara2 dunia tanpa noktah ini.
masa terus berdetik. waktu2 emas masih lagi dlm genggaman...
satu-persatu, sahabat.
seprti bayi belajar jalan, belajar bercakap.
sabar.
sabar.
sabar.
No comments:
Post a Comment