aku tahu, aku tak layak ya Allah.
aku tak layak itu dan ini.
dan lebih benar lagi,
aku tak layak syurgaMu.
aku tahu Ya Allah
aku sering mahukan yg bukan2
sepatutnya aku mahukan yg bukan yang bukan2
tapi dunia ini begitu sempit untuk aku luaskan
di mana, bagaimana, utk apa
langsung kelam
dan ya, aku lupa
atau buat2 lupa
orang lain yang punya byk lagi susah dan masalah
bisa tegar dan kental
kau?
tempatkanlah aku di syurga, Ya Allah
penatnya di dunia ini bila kita penat
patutnya aku lebih gigih berlari
ke arahMu...
Monday, April 25, 2011
harap
Alhamdulilah. masih lagi bersisa dgn semangat yang sering kali hilang.
entah lah. selalu membiarkan keputusan diputuskan sendiri.
kadang-kadang pelik betul. mana lah pergi masa-masa itu yang aku seprti itu dan mereka seperti mereka. atau yang lainya hanyalah aku.
Hilang benar. Terasa kehilangan.
apa yang hilang.. nikmat dunia ini. nikmat utk terus hidup dengan berkompaskan akhirat.
semalam. kawan lama macam sudah asing bagi aku. kerna aku yang menjarak atau memang sudah berubah benar suasana. berat sungguh hati menelan. tapi sebagai manusia aku akur. lebih baik bertunjangkan persahabatan yang faham tujuan sebenar kita hidup di dunia. Tapi bila bukan itu suasananya, rasanya aku perlu lebih kuat. lebih bersedia. kerna aku tak punya pilihan melainkan menjadi yang terbaik. Hamba Allah yang merasa qanaah. sungguh lama tak merasakan qanaah, sungguh lama tak merasakan ukhwah, sungguh lama tak merasakan bayak lagi rasa-rasa.
perkara yg paling aku takut ialah bila aku mahukan rasa dunia yang pelbagai ini. Bantulah hambamu ini, ya Tuhan. Hidupku ertinya perlu dirombak. Perlu disenergi lagi. Perlukan petrol. Perlukan pembaharuan.

Subscribe to:
Posts (Atom)